How To Use Word Art

14 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Ogos 2020, telah diadakan Kelas ICT secara personal bertajuk “How to Use Word Art” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 12:00 tengah hari hingga 1:00 petang.

Pembelajaran kali ini ialah bersama Puan Robakyah yang ingin belajar cara-cara menggunakan word art bagi tujuan membuat huruf-huruf bersaiz besar, untuk dijadikan tulisan pada kain rentang bagi majlis sambutan hari Kemerdakaan. Staf Pusat Ekonomi Digital memberi tunjuk ajar menggunakan Microsoft word dan menunjukkan cara menggunakan word art dengan memilih font yang bersesuaian dan cara memgubah saiz font tersebut. Semoga dengan pembelajaran kali ini dapat membantu Puan Robakyah menyiapkan kain rentang sempena majlis Kemerdekaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali